Tempat Tempat Yang Harus Di Kunjungi Di Langkawi

Pengenalan ringkas untuk Pulau Langkawi: Pulau tropika ini terdiri dari 99 buah pulau. Laut memisahkan Langkawi dari Kedah dan berlokasi kira-kira 30km dari pantai barat laut Malaysia.
Ada banyak tarikan yang terdapat di Langkawi. Kami sangat mengesyorkan anda menghabiskan masa selama sekurang-kurangnya seminggu sekiranya anda merancang percutian ke sini.
Langkawi terdiri dari hutan yang subur, pantai berpasir putih, air terjun, gua, paya bakau dan banyak lagi. Sekiranya anda pengunjung kali pertama, anda boleh menjangkakan destinasi tropika yang unik dengan gabungan pemandangan semula jadi yang mengagumkan, perairan dan langit yang jernih dan terang. Selain keindahan semula jadi, Langkawi adalah sebuah pulau yang kaya dengan budaya, cerita rakyat dan kepelbagaian masakan yang sangat enak. Di penghujung percutian anda, anda pastinya akan memahami mengapa Langkawi adalah destinasi yang harus dilawati di Malaysia.
Tidak seperti pulau-pulau lain di Malaysia, Langkawi menikmati status bebas cukai. Oleh yang sedemikian, pengunjung dan penduduk tempatan boleh menikmati pelbagai produk dengan harga yang sangat berpatutan. Ini termasuk barang kemas, cenderamata, jam tangan, peralatan dapur, minyak wangi, barangan kulit, serta cermin mata hitam, bagasi dan beg.
Produk alkohol dan tembakau juga dijual pada harga potongan (sekitar 10% hingga 40% lebih rendah dari harga runcit mengikut piawaian).
Ramai penduduk tempatan dan pengunjung asing yang melawat ke pulau ini semata-mata untuk memanfaatkan faedah bebas cukai. Sebilangan besar kedai bebas cukai terletak di sepanjang Pantai Cenang. Buat yang berminat, ada pelbagai kedai bebas cukai untuk dilawati, bergantung kepada citarasa dan pilihan masing-masing. Kedai-kedai ini biasanya mempunyai tempat meletak kenderaan percuma. Juga, teksi disediakan atas permintaan.
Selain status bebas cukai, penduduk tempatan dan pelawat asing mengunjungi Langkawi untuk keindahan alamnya dan ketenangan suasana pulau. Langkawi menawarkan gaya hidup yang berbeza dengan Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar yang lain yang rata-rata dikenali dengan kesibukan.

Telaga Air Panas Ayer Hangat
Anda pasti tidak mahu ketinggalan berkunjung ke Kampung Ayer Hangat, lokasi yang tenang di mana penduduk tempatan dan pengunjung asing boleh menikmati telaga air panas tiga tingkat yang unik. Kampung Ayer Hangat terletak di lokasi yang tenteram, 14 km dari Bandar Kuah. Ia agak hampir dengan pantai dan sebahagian besar tempat-tempat pelancongan di pulau ini, tetapi masih cukup sunyi untuk pengunjung yang mencari ketenangan.
Pengalaman spa selama sehari di Kampung Ayer Hangat adalah sesuai untuk memanjakan diri anda dengan bersantai di salah satu tarikan unik di Pulau Langkawi. Terdapat pelbagai pakej mengkendurkan otot dan kesakitan, sama ada dengan menggunakan sumber air panas semula jadi atau lulur badan. Telaga air panas air garam ini kaya dalam mineral yang membantu menyembuhkan penyakit kulit, sakit kaki dan pelbagai hal-hal kesihatan lain.

Ayer Hangat menawarkan sebuah pakej yang memudahkan para tetamu dalam perjalanan pergi dan pulang dari spa ke hotel. Kakitangan akan memastikan tetamu dapat berehat sepenuhnya di
spa tanpa perlu risaukan hal-hal lain. Bayaran masuk adalah cukup berpatutan, jadi anda tidak perlu berbelanja besar.
Ayer Hangat digambarkan sebagai gabungan antara modenisasi dan budaya pulau yang indah. Telaga air panas di kampung ini pastinya adalah salah satu tempat yang paling menarik untuk dikunjungi di Langkawi.

Telaga air panas air garam semula jadi ini adalah unik dan jarang dijumpai (hanya terdapat di tiga negara lain). Selain menjadi tarikan unik, Ayer Hangat juga menawarkan kolam renang peribadi, air pancut dan jakuzi. Anda juga boleh melawati sebuah pasar di kampung ini untuk membeli cenderamata dan pelbagai barangan buatan tempatan.

Bamboo Dream
Sekiranya anda meminati budaya dan persembahan Melayu, anda tidak boleh ketinggalan mengunjungi Ayer Hangat. Anda boleh menonton konsert muzik buluh tradisional Melayu yang mengasyikkan yang dipersembahkan oleh sekumpulan kecil kanak-kanak dan orang dewasa dengan tarian gemalai yang berwarna-warni.

Bamboo Dream menyajikan beberapa persembahan seni buluh dan tarian tradisional termasuk Tarian Bamboo, demonstrasi Wayang Kulit, Tarian Malaysia Truly Asia dan lebih banyak lagi. Pengunjung juga boleh menikmati hidangan Melayu tempatan menggunakan isi buluh.

Lawatan Warisan Melayu (Asas)
Lawatan warisan Melayu adalah tarikan yang sangat popular di Langkawi kerana ia mempamerkan etnik dan sejarah budaya orang Melayu. Pakej lawatan disediakan atas permintaan di Ayer Hangat. Anda boleh melihat pelbagai tradisi orang Melayu dari lahir sehingga berkahwin, serta makanan dan fesyen orang Melayu mengikut sejarah. Pengunjung juga tentu teruja dengan persembahan seperti tarian dan silat. Anda juga boleh turut serta dalam aktiviti budaya yang ditawarkan melalui lawatan ini.

Pantai
Pastinya anda tidak boleh mengunjungi destinasi pulau impian tanpa melawat pantainya. Langkawi mempunyai sebilangan besar pantai yang paling indah di Semenanjung Malaysia, termasuk Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah. Pantai-pantai ini sangat sesuai untuk bersantai dan berjemur di bawah panas matahari.

Anda juga boleh melakukan beberapa aktiviti air yang menyeronokkan termasuk menunggang jet ski, parasailing dan menaiki banana boat.

Kampung Cendawan
Satu lagi lokasi menarik untuk dikunjungi adalah sebuah perkampungan cendawan yang dikendalikan oleh Kampung Ayer Hangat. Pelawat boleh melihat cara penanaman dan penuaian cendawan di dalam kawasan perkampungan tempatan. Anda juga boleh mencuba beberapa cendawan yang baru dimasak. Lihat sendiri penanaman cendawan, penuaian, serta mencuba sendiri beberapa cendawan yang dimasak oleh tukang masak tempatan.

Langkawi Sky Bridge
Buat anda yang meminati aktiviti-aktiviti yang mendebarkan, Langkawi Sky Bridge adalah lokasi yang sangat disyorkan untuk anda. Jambatan ini sebuah jambatan gantung yang diperbuat dari kabel sepanjang 125 meter. Jambatan ini didirikan pada tahun 2005 di puncak Gunung Mat Chinchang. Ia berada 660 meter di atas permukaan laut dan akan memberikan anda pemandangan panorama seluruh Pulau Langkawi dan kawasan sekitarnya. Ia juga hanya boleh diakses dengan menggunakan kereta kabel. Adakah anda takut dengan ketinggian? Jambatan gantung ini adalah tempat yang sesuai untuk anda menguji keberanian anda.

Kereta kabel yang inovatif ini akan membawa anda ke Langkawi Sky Bridge. Selepas membeli tiket kereta kabel, anda akan dapat menerokai beberapa tarikan termasuk SkyDome, SkyRex dan 3D Art Langkawi Museum. Anda boleh melihat permandangan yang indah dari puncak jambatan ini, serta melawat kedai cenderamata dan banyak lagi. Pelawat mendapati diri mereka boleh
menghabiskan masa setengah hari di sini tanpa disedari! Tiket SkyCab mempunyai harga yang sangat berpatutan (antara MYR30-55). Kereta kabel di sini dikenali sebagai salah satu yang paling curam di dunia.

Air Terjun Telaga Tujuh
Semua air terjun di pulau tropika ini adalah sangat mengagumkan. Namun, Air Terjun Telaga Tujuh adalah yang paling terkenal di seluruh Pulau Langkawi. Ia dinamakan bersempena tujuh kolam semula jadi yang terletak di sepanjang aliran air di sini. Ketinggian kejatuhan air terjun ini adalah 91 meter.
Kami mengesyorkan anda mengunjungi air terjun ini semasa musim hujan (September hingga Disember) kerana air di sini bergerak pada kelajuan paling perlahan pada waktu musim hujan. Sekiranya anda berkunjung menggunakan perkhidmatan teksi, anda mungkin mahu membayar pemandu anda lebih sedikit supaya beliau boleh menunggu sehingga anda selesai bermandi-manda. Ini adalah penting memandangkan hampir tidak ada kenderaan lain yang memandu di atas gunung di sini.

Jadi, apa yang perlu anda sediakan sebelum berkunjung ke Air Terjun Telaga Tujuh? Anda akan perlu mendaki untuk menuju ke kawasan air terjun dari tempat letak kereta. Walau bagaimanapun, jalannya tidak terlalu teknikal atau mencabar kerana kebanyakannya jalan kerikil yang curam. Anda akan dapat melihat beberapa monyet semasa dalam perjalanan.

Air Terjun Telaga Tujuh berlokasi 480 meter di atas permukaan laut (di bahagian atas). Anda boleh membawa makanan untuk pengelaman berkelah yang tidak akan dapat dilupakan. Jika anda gemar berenang, anda boleh membawa baju renang dan nikmati mandian yang menyegarkan di dalam air sejuk. Kemasukan biasanya percuma untuk kedua-dua penduduk tempatan dan juga warga asing. Walau bagaimanapun, anda perlu membayar untuk tempat letak kenderaan (RM1 untuk motosikal dan RM2 untuk kereta). Selain Air Terjun Telaga Tujuh, anda juga boleh menjelajahi Air Terjun Durian Perangin dan Air Terjun Temuran.

Langkawi Mangrove Geoforest Kilim Park
Buat anda yang meminati pengembaraan, anda boleh mengunjungi Langkawi Mangrove Geoforest Kilim Park, sebuah kawasan semula jadi dengan formasi geologi yang indah, gua, fosil dan banyak lagi. Ini adalah salah satu lokasi yang paling kerap dikunjungi pelancong di Langkawi.
Sekiranya anda menaiki bot, anda akan dapat menjelajahi beberapa hutan bakau hijau yang padat, dan melihat batu kapur yang besar terbentuk berjuta-juta tahun yang lalu! Anda juga dapat melihat pelbagai jenis hidupan liar, termasuk ketam nipah, monyet dan juga biawak. Jika anda bernasib baik, anda boleh melihat ikan lumba-lumba dan memerang. Sewaktu lawatan bakau, pengunjung juga memeberi makan kepada monyet dan ikan.

Snorkeling
Pengalaman menyelam atau snorkeling di Langkawi agak luar biasa sekali. Anda akan dapat melihat pelbagai jenis spesies eksotik di pulau-pulau di sekitar Langkawi seperti Pulau Payar. Anda boleh memilih untuk melakukan aktiviti snorkeling di pantai atau di platform terumbu di lautan dalam. Bagi peminat menyelam, anda boleh pergi melakukan aktiviti menyelam dan meneroka kehidupan laut yang lebih dalam.
Seperti yang disebutkan sebelum ini, Langkawi bukan hanya sebuah pulau besar tetapi ia terdiri dari sekumpulan pulau-pulau kecil yang semuanya memberikan pengalaman tropika yang tiada tandingannya. Sebilangan besar pulau masih belum dimanfaatkan dan
tidak berpenghuni. Sementara itu, beberapa pulau yang lain sudah pun menjadi tarikan pelancong. Anda boleh pergi menyelam dan melakukan aktiviti lain seperti snorkeling dan luncur air hampir sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, ada kemungkinan laut bergelora sewaktu bulan tengkujuh iaitu Julai hingga bulan September.

Laut Andaman
Anda boleh meneroka keindahan Kepulauan Langkawi dengan menunggang jet ski ke Laut Andaman. Seorang “local guide” akan membawa anda ke beberapa lokasi yang indah dengan lair aut yang biru dan pasir yang putih. Dalam perjalan, anda akan dapat mengamati bukit-bukit berhutan dan kawasan batu yang tinggi. Sekiranya anda gemar berenang, anda boleh menikmati Tasik Dayang Bunting iaitu sebuah tasik air tawar yang terbesar di negara ini.

Anda boleh menjelajahi beberapa pulau di sekitar Pulau Langkawi. Salah satu pulau yang paling popular adalah Dayang Bunting yang dianggap sebagai permata mahkota di kepulauan ini. Perkhidmatan lawatan adalah terhad, oleh itu anda akan dapat mendapat perhatian khusus dari “tour guide” anda. Anda pasti akan tertarik dengan legenda tradisional pulau ini.

Hutan Paya Bakau
Langkawi mempunyai hutan bakau besar yang memiliki banyak hidupan liar, termasuk memerang,, ikan lumba-lumba, dan burung helang. Dengan menaiki bot kecil, anda akan dapat mengakses tempat-tempat terpencil dan menikmati pemandangan terbaik dari ekosistem pasang surut yang mengagumkan. “Tour guide” anda akan menerangkan bagaimana pelbagai flora dan fauna dapat berkembang di persekitaran ini.

Anda tidak perlu membawa makanan ringan kerana makan tengah hari biasanya disajikan semasa lawatan. Perjalanan bot ini biasanya dirancang dengan baik, dan diwakili “tour guide” yang sangat berpengetahuan, cerdas, dan mesra. Yang paling penting adalah anda akan mendapat gambaran mendalam mengenai pemandangan Langkawi dan hidupan liar yang banyak.

Berapa Lama untuk Tinggal di Langkawi
Jangka masa percutian anda di Langkawi bergantung kepada anda sendiri. Tanya diri anda, berapa lamakah anda ingin melarikan diri ke syurga tropika di mana kehidupan bergerak dengan lebih perlahan. Kami mengesyorkan anda tinggal di sini sekurang-kurangnya seminggu supaya anda sempat menerokai semua lokasi terbaik yang ditawarkan, tanpa merasa tergesa-gesa. Bahkan anda boleh melakukan “island hopping” untuk berkunjung ke beberapa pulau lain di sekitar Langkawi.

Sekiranya anda mempunyai masa terluang, maka rancanglah untuk menghabiskan sekurang-kurangnya seminggu di Langkawi. Sekiranya tidak, mungkin tiga malam cukup untuk melepaskan diri anda dari kesibukan harian.

Ayer Hangat Village

Jalan Air Hangat, Mukim Air Hangat, 07000, Langkawi, Kedah
[email protected] (Reservations) or [email protected] (Groups)
Telephone: +60 11-1950 6460 (Reservations)