Perkara Yang Harus Di Buat Di Langkawi Untuk Pasangan Dan Keluarga

Aktiviti-aktiviti di Langkawi untuk Percutian Berpasangan dan Berkeluarga

Langkawi adalah sebuah pulau yang unik untuk percutian romantis dan percutian keluarga. Ia terdiri dari 99 buah kepulauan yang menawarkan pelbagai tarikan dan aktiviti yang sesuai dengan citarasa pelbagai pengunjung.
Harga tempat penginapan dan lawatan khusus (custom tours) sangat berpatutan, jadi anda tidak perlu risau akan perbelanjaan tinggi.
Kerana Langkawi terletak di Semenanjung Malaysia, harga untuk pakej percutian keluarga dan percutian romantis adalah agak rendah.
Sebagian besar pulau ini belum dimanfaatkan, dan pembangunannya agak minimum untuk sebuah pulau yang indah. Namun, ia mempunyai jaringan infrastruktur yang mengagumkan, terutamanya jika dibandingkan dengan pantai-pantai terkenal yang lain di Malaysia. Dengan perjalanan menaiki kapal terbang kira-kira satu jam dari Kuala Lumpur, Langkawi adalah lokasi yang sangat sesuai untuk percutian hujung minggu.
Lokasi berdekatan dengan KL adalah satu kelebihan buat pelancong asing yang mungkin kekurangan masa. Langkawi adalah pulau yang sesuai untuk diterokai buat mereka yang ingin menghayati kepelbagaian Semenanjung Malaysia. Pulau syurga ini menawarkan berbagai-bagai jenis aktiviti dan pengalaman yang bersesuaian dengan semua peringkat umur. Contohnya, anda boleh mendaki salah satu gunung yang terkenal di pulau ini. Sekiranya anda lebih menggemari aktiviti yang kurang lasak dengan anak-anak anda, anda boleh memilih dari pelbagai aktiviti pengembaraan air dan darat.

Langkawi dengan anak-anak
Langkawi adalah destinasi impian bagi mereka yang berkeluarga kerana ia mempunyai pantai, budaya, hidupan liar, hidangan yang lazat dan banyak tarikan dan aktiviti yang sesuai dengan kanak-kanak. Sekiranya anda merancang percutian ke Langkawi bersama anak-anak kecil, teruskan membaca kerana berikut adalah beberapa tarikan dan aktiviti yang boleh anda terokai.
Percutian keluarga biasanya ditentukan oleh anak-anak. Namun, Langkawi mempunyai sesuatu untuk semua peringkat umur, jadi ibu bapa juga dapat turut serta. Pulau ini mempunyai sejarah, budaya, makanan, alam semula jadi dan kaya dengan pelbagai aktiviti luar.

Langkawi adalah salah satu pulau yang paling kaya dengan budaya di Malaysia, dan kunjungan ke pulau ini adalah pengalaman yang menarik buat orang dewasa dan juga kanak-kanak. Sekiranya anda dan anak-anak anda ingin bersantai di pantai, anda boleh menikmati air yang jernih dan pasir putih yang bersih serta tidak dikerumuni orang ramai.

Dari aspek praktikal, pengunjung boleh membeli barangan untuk bayi dan anak kecil di pelbagai kedai di sekitar Langkawi. Sama ada anak-anak anda masih kecil atau sudah hampir dewasa, ada banyak pakaian dan bekalan lain yang boleh dibeli dari kedai-kedai bebas cukai. Walau bagaimanapun, beberapa jenama mungkin tidak tersedia. Oleh itu kami cadangkan anda membawa bekalan yang cukup sekiranya anda setia dengan satu jenama.

Sesuai untuk percutian pulau tropika, Langkawi adalah destinasi popular untuk percutian keluarga ke Malaysia. Kanak-kanak dari semua peringkat umur akan merasa seronok di sini. Anda boleh menginap di salah satu resort yang berlokasi di pantai, dan anda akan dapat menikmati pantai yang tenang dan selamat bersama anak-anak anda.

Selain berseronok di pantai, anda juga boleh menaiki SkyCab iaitu kereta kabel yang mempunyai lantai kaca supaya anda boleh menikmati pemandangan luar biasa dari hutan dan gunung. SkyBride yang luar biasa juga merupakan satu tarikan utama. Untuk aktiviti yang lebih lasak, SkyCab juga menawarkan aktiviti kembara yang pastinya menyeronokkan dan juga akan memenatkan anak-anak anda. Juga, lawatan ke paya bakau adalah sesuai untuk anak-anak kecil melihat sesuatu yang baru.

Setelah seharian melawat ke lokasi tarikan budaya dan melakukan aktiviti-aktiviti yang memenatkan, anda boleh membawa anak-anak bersantai beberapa jam di Kampung Ayer Hangat, yang sangat mesra kanak-kanak. Keluarga anda boleh berehat di dalam kolam air panas air garam (kolam kanak-kanak juga disediakan). Sebahagian besar aktiviti mesra kanak-kanak di Kampung Ayer Hangat berpusat di kawasan luar.
Sekiranya anak-anak anda tertarik dengan alam semula jadi, anda boleh membawa mereka untuk melawat hutan hujan yang luas di sini. Buat anda yang sukakan aktiviti lasak, anda boleh menggunakan ATV untuk melewati sawah padi yang indah serta ladang kerbau di sini.

Ayer Hangat adalah tempat terbaik untuk berehat setelah melakukan pelbagai aktiviti sehari-suntuk. Kompleks berciri kampung yang moden ini menyediakan kolam air, kolam mandi, taman lanskap, spa dan juga jakuzi peribadi. Sebilangan besar pengunjung yang berkeluarga dengan anak-anak, menghabiskan sebahagian besar masa mereka di salah satu kemudahan peribadi ini.

Jika anda memilih “guided tours” melewati hutan, anda akan dapat melihat pelbagai haiwan liar, termasuk monyet, dan berbagai-bagai spesies burung. Hutan ini juga mempunyai kemudahan perjalanan untuk keluarga termasuk “canopy walks”, aktiviti mendaki dan juga sebuah tempat perlindungan haiwan yang tentunya menyeronokkan buat anak-anak.
Buat anda yang meminati seni, anda boleh berkunjung ke muzium seni 3D terbesar di Oriental Village. Lokasi yang cantik ini pastinya akan menarik minat anda dan anak-anak anda. Anda tentunya akan bergambar dengan hampir setiap lukisan di sini.
Underwater World juga popular dengan kanak-kanak. Anda boleh bersantai di dalam akuarium yang besar sambil berjalan di sepanjang terowong dan melihat pelbagai spesies ikan di sini. Kanak-kanak kecil terutamanya sangat seronok apabila melihat penguin di sini.

Menyelam
Pulau Langkawi adalah tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti menyelam dan snorkeling. Terdapat banyak resort yang sesuai untuk keluarga dan pasangan, jadi carilah yang bersesuaian dengan keperluan anda. Pulau Langkawi merupakan lokasi yang sesuai buat pengunjung berkeluarga yang ingin menghabiskan hujung minggu dengan aktiviti menyelam.

Sekiranya anda menggemari kawasan pantai, Langkawi mempunyai banyak pantai yang bersih untuk bersantai dan juga banyak restoran yang berlokasi di pantai. Anda boleh memilih untuk berkunjung dari satu pantai ke pantai yang lain dengan menggunakan bot. Buat anda yang sukakan pengembaraan, anda boleh mendaki melalui kawasan pedalaman.

Air jernih yang berkilauan dan pantai berpasir bersih menanti para tetamu di resort-resort yang terletak di sepanjang pantai di sini. Bagi penggemar aktiviti menyelam, anda boleh menyewa peralatan menyelam dengan harga yang berpatutan. Sekiranya keluarga anda menyukai hidupan laut, ini adalah satu-satunya kawasan di Malaysia yang mesti dikunjungi.
Anda boleh menikmati percutian yang menyeronokkan dan mengajar anak-anak kecil tentang kehidupan alam semasa di sini, misalnya dengan memberi makanan kepada ikan setiap hari. Sekiranya anda mempunyai masa terluang, kami mengesyorkan anda menjelajahi pulau-pulau yang indah di sekitar Langkawi dengan menggunakan perkhidmatan lawatan peribadi.

Percutian romantis
Ada rancangan percutian romantis dengan pasangan anda? Anda boleh melarikan diri dari kesibukan di Langkawi. Anda hanya perlu mengambil penerbangan jangka pendek dari Kuala Lumpur. Untuk menikmati waktu peribadi dengan orang yang tersayang, resort anda boleh mengaturkan sebuah pelayaran romantik. Juga, anda boleh mengembara hutan di sekitarnya. Anda dan pasangan anda akan dapat melihat pelbagai hidupan liar di pulau-pulau ini sambil berjalan-jalan berpimpin tangan.
Pulau Langkawi adalah lokasi yang tenang dan kurang sibuk. Oleh yang sedemikian, ia adalah lokasi yang sesuai untuk percutian santai bersama pasangan anda. Jika anda inginkan lawatan romantis bersama pasangan anda, Kampung Ayer Hangat adalah tempat yang sangat sesuai. Tempat ini sangat digalakkan untuk pasangan yang ingin mendapatkan rawatan tradisional bersama-sama. Percutian romantis tentunya tidak lengkap tanpa berjalan-jalan di sepanjang pantai yang indah. Sebilangan besar pantai di Langkawi sangat digemari pengunjung berpasangan. Suasana senja di Langkawi sangat menakjubkan sepanjang tahun, dan anda tidak akan mahu melepaskan peluang bergambar di sini. Warna langit pada waktu senja sangatlah bersesuaian untuk siar-siar petang yang romantis di sepanjang pantai.

Ayer Hangat Village

Jalan Air Hangat, Mukim Air Hangat, 07000, Langkawi, Kedah
[email protected] (Reservations) or [email protected] (Groups)
Telephone: +60 11-1950 6460 (Reservations)