Pengalaman Berubat Tradisional Langkawi

Luangkan masa untuk berehat dan bersantai dengan pakej kesihatan tradisional Melayu di Langkawi. Anda boleh melarikan diri dari kesibukan harian dan meluangkan masa untuk beristirahat. Di Kampung Ayer Hangat, anda boleh mendapatkan rawatan spa kesihatan tradisional Melayu yang menggunaakan herba dan tanaman yang telah diterima pakai sejak zaman dahulu lagi oleh masyarakat Melayu. Kaedah yang digunakan sudah diuji dan terbukti selamat sepenuhnya untuk tubuh manusia.

Rawatan kesihatan dan spa di Ayer Hangat menggabungkan rawatan terapi Melayu kuno
dengan suasana mewah di resort tropika moden. Perkampungan ini terkenal dengan pelawat dari luar negara dan juga penduduk tempatan. Ia dilihat sebagai tempat untuk penyembuhan, santai, ketenangan dan kesegaran semasa berada di Langkawi. Adakah anda merancang untuk mengambil percutian bulan madu atau romantis di Langkawi? Anda dan pasangan anda pastinya berpuas hati dengan pengalaman spa yang kaya dengan budaya di Ayer Hangat. Pengalaman ini sangat disyorkan, sama ada kesihatan tradisional adalah pilihan anda, atau anda hanya ingin bersantai di tempat yang tenang.

Kampung Ayer Hangat adalah sebuah lokasi yang sinonim dengan ketenangan. Ia dikelilingi oleh kehijauan yang subur dan keindahan semula jadi yang sungguh menakjubkan. Beberapa kaedah kesejahteraan tradisional Melayu yang terkenal di sini termasuklah Urut Melayu Tradisional, senaman tradisional Melayu, serta terapi kesihatan tradisional Melayu yang terkenal. Untuk pengetahuan anda, di Malaysia sahaja, terdapat lebih dari 2,000 hingga 3,000 jenis tanaman yang digunakan sebagai ubat untuk pelbagai jenis penyakit.

Pengunjung yang pernah ke sini mengakui yang mereka telah mendapat manfaat besar dengan menikmati rendaman di Kampung Ayer Hangat. Alga adalah salah satu ramuan dalam produk kecantikan. Sebagai pelembap semula jadi, ia dapat membantu mengurangkan jerawat dan juga mempunyai sifat anti-penuaan. Walaupun alga kelihatan seperti kotoran yang terapung di dalam air, ia sebenarnya mempunyai faedah penyembuhan, terutamanya jika anda mempunyai masalah kulit seperti kulit kering, ruam dan ekzema.

Hanya dengan bersantai dan berendam di telaga air panas di Ayer Hangat, anda akan dapat merasai kelainan dalam keadaan kesihatan anda. Suhu air telaga yang tidak berubah ini tidak dapat dihasilkan di rumah anda. Suhu ini membantu mengekalkan penyembuhan sepanjang rendaman. Mandian air masin adalah kaedah yang sangat disyorkan untuk menyahtoksinkan badan. Ia bukan sahaja dapat melegakan kesakitan yang berkait dengan reumatisme tetapi juga merupakan agen antibakteria yang berkesan untuk kulit. Beberapa masalah kesihatan dapat dicegah melalui rawatan kesihatan tradisional di sini. Sekiranya anda seorang atlet,
anda boleh menggunakan rawatan di sini untuk melegakan kecederaan yang berkaitan dengan aktiviti bersukan. Ini adalah kaedah terbaik untuk berehat dan menyegarkan minda, badan anda dan jiwa.

Tidak dapat dinafikan bahawa terapi urut tradisional, dalam semua bentuk, memberikan pelbagai faedah. Yang paling jelas adalah peluang untuk berehat dan melarikan diri dari kesibukan harian. Pastinya kadang-kadang kita memerlukan peluang untuk bersantai dan berehat dari kehidupan moden yang sangat meletihkan. Sekiranya anda merancang sebuah percutian ke Langkawi, Kampung Ayer Hangat adalah lokasi yang paling sesuai untuk kesinambungan badan dan minda.

Ayer Hangat mempunyai beberapa spa dan ahli-ahli terapi tradisional Melayu yang pakar dalam pelbagai jenis kaedah urut. Kami sangat mengagumi seni urut tradisional Melayu, yang kurang dihargai tapi sangat bermanfaat. Kaedah urut yang digunakan di sini dapat melegakan simptom penyakit dan akan membuatkan anda merasa sungguh segar dan sihat.

Jadi, apakan yang boleh anda jangkakan sewaktu mendapat rawatan urut tradisional Melayu? Pertama sekali, ini adalah pengalaman budaya Melayu yang asli. Ahli-ahli terapi di Ayer Hangat sengat memahami selok-belok teknik urut tradisional Melayu. Terapi urut Melayu menumpukan perhatian kepada kesegaran badan dan minda. Ia menggunakan teknik yang gagah namun pada masa yang sama, lemah-lembut.

Semasa mengurut, kami mengaplikasikan tekanan kepada pelbagai bahagian di tubuh badan. Anda akan merasa renggangan dan urutan yang perlahan dari muka dan kepala anda sehingga ke perut dan terus ke tapak kaki. Tujuannya adalah untuk merangsang saraf dan meningkatkan peredaran darah. Ahli terapi urut kami sangat terlatih dan berpengalaman untuk menilai keperluan pelanggan dari semua sudut. Semasa urut tradisional Melayu, anda mungkin perlu duduk menegak, berbaring di atas belakang anda atau di sisi. Semuanya bergantung kepada bahagian badan anda yang paling memerlukan perhatian.

Berdasarkan keperluan khusus pelanggan serta intuisi ahli terapi, urutan biasanya diselang-seli antara tekanan yang berat dan ringan. Kami mematuhi prinsip urut tradisional Melayu, di mana
sentuhan lembut dan keras diubah berdasarkan tindak balas badan terhadap rawatan. Sebilangan produk herba boleh digunakan semasa urut, jika perlu.

Kami menghargai kepentingnan penyembuhan tradisional, dan di Ayer Hangat, kami telah mempraktikkan kaedah yang berkesan dalam budaya tempatan selama beratus-ratus tahun. Rawatan kesihatan tradisional Melayu membantu anda sembuh, bukan sahaja secara fizikal tetapi mental, emosi dan rohani. Kaedah penyembuhan tradisional kami menggunakan khasiat penyembuhan dari pelbagai ramuan yang terdapat di darat. Kami juga menggunakan air untuk melegakan pelbagai penyakit fizikal.

Kami menghargai faedah holistik yang boleh didapati melalui perubatan tradisional. Kampung Ayer Hangat juga mengadakan upacara-upacara penyembuhan yang akan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pengunjung. Kami mempromosikan rawatan holistik untuk meningkatkan kesejahteraan anda secara menyeluruh. Program rawatan kesihatan tradisional disesuaikan untuk pelbagai jenis pengunjung. Tujuannya adalah agar para tetamu kami merasa lebih sihat dan lebih segar berbanding sewaktu mereka mendaftar masuk.

Ayer Hangat mudah diakses dari pelbagai kawasan di sekitar pulau. Terdapat pelbagai aktiviti yang berdekatan dengan kampung ini, termasuk jejak alam, lawatan warisan, aktiviti membeli-belah, berkelah di air terjun, memerhati burung, dan banyak lagi. Sama ada anda mahu berehat dan menyembuhkan badan anda selepas sibuk mendaki sepanjang hari, ataupun mendapatkan rundingan peribadi dengan pakar terapi ataupun rawatan urut profesional kesihatan tradisional, Kampung Ayer Hangat adalah lokasi yang sesuai untuk anda di Langkawi.

Rawatan kesejahteraan tradisional Melayu di Ayer Hangat dicorak untuk membantu pengunjung kami benar-benar berehat dan mengurangkan tekanan. Melalui teknik tradisional yang membantu menenangkan fikiran sambil menyegarkan badan, kami akan membantu anda berhubung semula dengan diri sendiri, dan memberi ruang untuk fokus yang lebih besar dalam hidup anda.

Kami akan memastikan anda mendapat kembali keseimbangan semula jadi badan dan menjadikan anda lebih mampu menangani cabaran yang dihadapi setiap hari, sama ada berkaitan dengan pekerjaan atau kemampuan peribadi. Sekiranya anda mencari rawatan tradisional Melayu di Langkawi, hubungi kami untuk pakej yang sesuai dengan anda.

Ayer Hangat Village

Jalan Air Hangat, Mukim Air Hangat, 07000, Langkawi, Kedah
[email protected] (Reservations) or [email protected] (Groups)
Telephone: +60 11-1950 6460 (Reservations)