Panduan Pelancong Di Langkawi

Aktiviti di Sekitar Langkawi untuk Pelawat Kali Pertama

Langkawi pastinya salah satu pulau di pantai barat Semenanjung
Malaysia yang paling indah. ‘Permata Kedah’ ini dilitupi hutan lebat dan dikelilingi oleh laut biru.
Ini adalah destinasi pelancongan pilihan buat penduduk tempatan dan pelawat asing. Bagi mereka yang sukakan percutian pantai, Langkawi mempunyai salah satu pantai yang tercantik di dunia. Sebilangan pelawat suka menghabiskan percutian mereka bersiar-siar, yang lain suka bersantai di pantai. Langkawi mempunyai kedua-dua eleman ini dan percutian anda tentu seronok di sini. Pulau ini adalah sebuah zon bebas cukai jadi anda boleh membeli-belah sambil bercuti. Oleh kerana penduduk tempatan ramah dan mesra, ramai pengunjung ke sini untuk mengamati budaya Melayu tempatan sebagai tumpuan utama mereka. Bagi mereka yang meminati pelbagai jenis makanan, Langkawi menawarkan masakan Melayu asli yang terbaik. Pelawat boleh
menikmati makanan tradisional Melayu di hotel-hotel yang terletak di sekitar pulau. Selain itu, lawatan ke Ayer Hangat boleh memperkenalkan pengunjung kepada masakan tradisional yang dimasak menggunakan bahan-bahan yang mudah ditemui di sekitar pulau ini. Menu di Ayer Hangat dimasak menggunakan bahan organik, ramuan tempatan, dan juga ramuan berasaskan tumbuhan. Terdapat banyak pilihan yang sesuai dengan pelbagai citarasa.

Terdapat berbagai-bagai aktiviti menyeronokkan yang boleh dilakukan di sekitar Pulau Langkawi. Anda boleh memilih sukan air yang penuh dengan adrenalin atau berkelah di air terjun atau juga berjemur di atas pasir pantai yang putih. Pulau ini mempunyai pelbagai tarikan menarik
untuk mengisi masa anda sewaktu dalam percutian ke sini. Juga terdapat banyak aktiviti percuma untuk keseronokan anda dan salah satu daripadanya adalah menjelajahi semua tempat menarik di pulau ini untuk menikmati keindahannya secara mendalam.

Buat peminat aktiviti lasak, anda boleh menggunakan garis zip (zip line) yang menyeberangi pulau ini sambil menikmati pemandangan yang menakjubkan. Selalin itu, anda juga boleh menyewa jet ski untuk menjelajahi laut yang biru. Setelah sehari suntuk menjalankan aktiviti lasak di sekitar pulau ini, anda boleh mendapatkan rawatan kesihatan tradisional di Ayer Hangat, dan kemudian saksikan matahari terbenam di sepanjang pantai. Sekiranya anda berkunjung ke Langkawi bersama pasangan anda, anda boleh menikmati sesi makan malam yang romantis,
atau berlayar dengan bot sambil menghirup koktel. Pastinya, Langkawi menyajikan pelbagai jenis pengalaman dan aktiviti buat semua jenis pengunjung.

Mata Air Panas Semula jadi
Mahkota buat “Permata Kedah” ini tentunya adalah telaga air panas Ayer Hangat. Apabila disebut spa semula jadi, ramai yang membayangkan air jernih yang mengalir di mandian onsen di Jepun yang menghadap ke arah kebun tanaman buluh. Di Langkawi, kami mempunyai spa air garam semula jadi yang boleh merawat sendi sewaktu anda bersantai dikelilingi suasana tenang. Pemandangan di sekitar Ayer Hangat sukar dipercayai dan merupakan yang terbaik di mana-mana pulau tropika.
Telaga air panas Ayer Hangat sangat terpencil di berada di lokasi yang tenang, jadi ia adalah tempat yang sempurna jika anda inginkan rendaman geoterma di lokasi yang tertutup. Air di sini mempunyai suhu yang sesuai untuk kulit dan tidak terlalu panas. Selain dari sumber air panas, kompleks kampung ini mempunyai beberapa jakuzi dan spa kesihatan.

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak privasi, terdapat juga kawasan sulit yang terdiri dari dua belas jakuzi peribadi yang berasingan, dilengkapi dengan tandas, mandian dan gazebo. Setiap unit boleh menampung kumpulan atau keluarga sehingga lapan orang. Ini adalah pilihan yang sangat digemari para pengunjung yang melawat secara berkumpulan.
Walaupun terdapat spa air panas air garam semula jadi (terdapat hanya dua yang lain di dunia), pengalaman anda di Ayer Hangat tentunya berbeza kerana kami mengambil pendekatan holistik yang unik dan memberi tumpuan kepada teknik rawatan Melayu dan
aspek penyembuhan. Budaya Kampung Ayer Hangat mendalam ke arah tradisi dan ritual. Sekiranya anda mengunjungi pulau ini, anda sama sekali tidak boleh melepaskan peluang menikmati spa air panas semula jadi di Ayer Hangat.
Satu-satunya perkara yang membuatkan Kampung Ayer Hangat unik adalah pengalaman tradisi Melayu yang asli. Mahupun pelancong domestik atau pelawat asing, orang muda dan juga yang berumur berkunjung ke kampung ini untuk bersantai. Setelah sekali pengunjung mengalami keindahan telaga air panas air garam di sini, mereka terus terpikat dengan sifat penyembuhan air. Spa semula jadi sini sangat sesuai untuk kulit anda. Jadi jangan lepaskan peluang untuk berkunjung sementara, bersantai sambil menghayati tradisi Langkawi seoleh-olah anda orang tempatan di sini.
Anda pasti akan merasa lebih segar, baik dari segi jasmani dan rohani. Ini tentunya sebuah pengalaman yang luar biasa. Terdapat spa peribadi di mana anda boleh menikmati urutan tradisional Melayu. Setelah badan anda dicuci bersih, liang pori dibersihkan dan otot menjadi kendur dan santai, anda pastinya akan merasai lebih segar, dari segi dalaman dan luaran.
Ayer Hangat juga menawarkan pakej khusus untuk pelancong Langkawi, jadi tidak hairanlah ramai pelancong yang berkunjung untuk meluangkan masa mereka di sini sambil bersantai. Sambil berehat di dalam air anda dapat menikmati udara segar, otot anda boleh berehat, dan beristirahat secara menyeluruh. Telaga air semula jadi ini akan memberikan anda pengalaman santai yang lain dari yang lain.

Etika spa
Kami mengesyorkan etika asas untuk penggunaan telaga air panas di sini. Anda disarankan untuk membersihkan badan anda sebelum menjejakkan kaki ke dalam kolam air panas. Pengunjung juga tidak dibenarkan menggunakan produk mandian di dalam kolam. Akhir sekali,
kolam air panas di sini mempunyai permukaan yang licin, jadi berhati-hati sewaktu melangkah ke dalam.
Spa luaran biasanya mempunyai suasana yang tenang. Dalam hal ini, tingkah laku keterlaluan seperti menyelam atau memercik air tidak dibenarkan sama sekali. Apabila anda memasuki spa, anda hanya perlu duduk, berehat, dan santai.
Spa luaran pula mempunyai persekitaran sosial dan ramai pengunjung datang ke sini untuk bersantai dan menenangkan diri di dalam air yang menyihatkan. Anda boleh berbual dengan rakan dan keluarga anda sambil menikmati spa, namun, adalah lebih sopan untuk berbual-bual pada nada yang rendah. Usah risau jika anda tidak pernah ke spa semula jadi sebelum ini kerana kakitangan di Ayer Hangat sentiasa bersedia untuk membantu.

Jejak alam
Anda akan dapat mengamati Langkawi dengan lebih terperinci jika anda mengikuti jejak alam di sekitar pulau ini. Kami sangat mengesyorkan penjelajahan dengan menggunakan servis “local guide” kerana mereka sangat berpengalaman dan memahami selok-belok pulau ini,
terutamanya hal-hal berkaitan dengan laluan yang terbaik untuk penerokaan. Ada beberapa laluan yang mungkin berbahaya digunakan sekiranya hujan lebat.

Dalam perjalanan ke Kampung Ayer Hangat, anda boleh melawati bangunan-bangunan tradisional Melayu yang mewujudkan suasana sebuah kampung dalam persekitaran di kawasan yang rimbun. Anda juga boleh menikmati pertunjukan budaya yang berjadual serta ikut serta dalam aktiviti lain seperti kelas membuat tembikar.

Pengangkutan
Pulau Langkawi mempunyai populasi yang agak kecil dan oleh itu sistem pengangkutan awam tidak tersedia. Sebilangan besar penduduk tempatan mempunyai kereta persendirian atau menggunakan motosikal untuk beransur dari satu tempat ke tempat yang lain. Namun begitu, Langkawi mempunyai rangkaian infrastruktur yang amat mengagumkan berbanding dengan pulau-pulau lain di Malaysia. Pulau ini dihubungkan dengan bandar-bandar di Malaysia seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, dan juga bandar luar negara lain seperti Singapura, Seoul, Phuket, dan beberapa bandar di Australia, China, dan Jepun melalui penerbangan kerap dan juga penerbangan tanpa henti.
Sekiranya anda bercadang untuk mengambil penerbangan ke Langkawi, anda boleh menggunakan khidmat beberapa syarikat penerbangan, termasuk Malaysia Airlines, Air Asia, Silk Air, dan lain-lain. Lapangan Terbang Langkawi, yang terletak berhampiran pantai Semenanjung Malaysia adalah contoh sebuah lapangan terbang yang lengkap. Ia moden, direka dengan baik, dan mudah untuk dijelajahi. Terdapat juga sebuah kedai cenderahati yang menawarkan rangkaian produk tempatan yang lengkap.

Selain laluan udara, Langkawi juga boleh diakses melalui perkhidmatan feri yang kerap dari Kuala Kedah, Kuala Perlis, dan Pulau Pinang. Terdapat juga perkhidmatan feri setiap hari antara Kuah di Langkawi dan Satun di Thailand. Anda boleh mmeriksa laman web perkhidmatan feri Langkawi untuk maklumat lanjut mengenai laluan, pengendali, jadual, jangka masa perjalanan dan maklumat lain.

Walaupun penggunaan teksi adalah kaedah yang mudah untuk mengelilingi Langkawi, memandu adalah pilihan yang lebih digemari pelancong untuk meneroka pulau ini. Anda tentunya akan menikmati pemanduan sambil menerokai pelbagai lokasi di sekitar pulau. Bagi pelancong yang mengunjungi Langkawi, pilihan adalah sama ada menyewa kereta atau motosikal, atau menggunakan teksi. Teksi boleh dijumpai di pelbagai kawasan strategik di sekitar pulau dan ianya juga kaedah pengangkutan yang selamat dan murah. Sebilangan pelancong lebih suka senang menggunakan perkhidmatan pemandu dengan kenderaan peribadi. Adalah amat mudah untuk menyewa kereta persendirian di Langkawi. Anda boleh memilih untuk memandu sendiri untuk kemudahan pergerakan, terutamanya jika anda berkunjung ke pulau ini selama lebih dari seminggu.
Beberapa perkhidmatan kereta sewa tersedia di lokasi yang berlainan di pulau ini, misalnya, di Lapangan Terbang Langkawi. Namun, pelawat dari luar negara harus mempunyai lesen yang sah. Pelbagai syarikat kereta sewa menyediakan perkhidmatan mudah untuk anda meneroka keseluruhan Langkawi. Kami mengesyorkan mencari lokasi kereta sewa di luar kawasan lapangan terbang, kerana ia mungkin lebih murah. Anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi dari lapangan terbang ke lokasi luar tapak.

Jika anda menggunakan khidmat penerbangan untuk ke Langkawi, ada beberapa syarikat penerbangan yang menyediakan program ganjaran seperti harga diskaun untuk perhidmatan syarikat kereta sewa. Ini boleh memberikan penjimatan yang besar. Sekiranya anda melancong ke Langkawi secara berbajet, anda boleh membandingkan tawaran harga antara pelbagai jenama kereta sewa. Umur minimum untuk memandu di Langkawi adalah 18 tahun. Sama seperti yang dipraktikkan di seluruh dunia, pemanduan dalam keadaan mabuk dilarang di pulau ini, dan
hukumannya berat.
Jaringan jalan raya Langkawi umumnya dijaga dengan baik, dan agak mudah untuk dinavigasi. Pemandu Malaysia kebanyakannya sopan di jalan raya. Bagi pelawat asing, sebaiknya anda bersedia untuk mengalami beberapa perbezaan dalam cara pemanduan apabila dibandingkan dengan negara lain. Meskipun begitu, pemandu di pulau ini mengamalkan tatatertib jalan raya yang baik dan juga bersopan-santun. Hon kereta jarang digunakan.

Jalan raya awam di Langkawi boleh dimanfaatkan oleh semua pengguna. Meskipun begitu, ada beberapa jalan terpencil di sekitar pulau yang mungkin tidak mempunyai turapan dan akses ke kawasan tersebut tidak sesuai buat kenderaan. Tanda jalan dan peraturan di seluruh pulau berdasarkan piawaian antarabangsa. Terdapat sebilangan stesen minyak yang berlokasi di seluruh pulau. Penjaga stesen di setiap stesen minyak sentiasa bersedia untuk membantu anda.

Berbasikal di Langkawi
Langkawi adalah kawasan yang berbukit. Jalan belakang di sekitar pulau mungkin berbukit tetapi ia merupakan kawasan yang paling indah. Sebilangan jalan terpencil mungkin tidak sesuai digunakan untuk mereka yang berbasikal. Walau bagaimanapun, jalan utama di pulau ini dihubungbaik dengan pelbagai kawasan lain dan kami mengesyorkan anda menggunakan jalan-jalan ini jika anda berbasikal.

Memandangkan kawasan di pulau ini berbukit-bukau, adalah disyorkan pengunjung menggunakan basikal yang dipasang dengan nisbah gear rendah dan menggunakan brek cakera. Perlu diingatkan, bahawa tidak semua perkhidmatan sewa basikal menyediakan kemudahan berbasikal untuk kanak-kanak. Walaupun begitu, berbasikal bukan sahaja akan menjadikan anda aktif sewaktu bercuti tetapi juga merupakan peluang terbaik untuk meneroka dan menghargai keindahan Langkawi.

Dokumen Perjalanan yang Diperlukan
Jika anda adalah pelawat asing, anda mesti membawa pasport yang sah. Anda juga mungkin memerlukan Visa untuk masuk Malaysia, bergantung kepada kewarganegaraan anda. Walau bagaimanapun, sekiranya anda telah diberikan keizinan kastam dan imigresen di pelabuhan lain di Malaysia, anda tidak perlu melalui pemeriksaan lain semasa ketibaan anda di Langkawi.

Jika anda tertanya-tanya mengenai status cukai kastam dan status bebas cukai, pulau ini adalah salah satu daripada beberapa lokasi di Malaysia yang mempunyai status bebas cukai. Tidak seperti kebanyakan tempat di Malaysia, cukai kastam dan cukai jualan adalah
dikecualikan untuk kebanyakan barangan yang anda bawa ke Langkawi. Namun begitu, terdapat beberapa pengecualian. Adalah lebih baik jika anda mengesahkan pengecualian-pengecualian ini dengan polisi cukai kastam Langkawi.

Berapakah Anggaran Perbelanjaan di Langkawi?
Harga barangan dan nilai perkhidmatan di Langkawi agak murah, terutama jika dibandingkan dengan destinasi pulau lain di seluruh Asia Tenggara. Dalam percutian anda ke Langkawi, sebahagian besar perbelanjaan anda akan digunakan untuk tempat penginapan, pengangkutan (menyewa kereta / motosikal) dan makanan. Walaupun tidak menggunakan perbelanjaan yang besar, anda masih lagi boleh menikmati percutian yang menyeronokkan di Langkawi.
Adalah digalakkan anda berkongsi kos dengan rakan kembara anda. Dengan cara ini, anda boleh memaksimumkan aktiviti yang dilakukan, tanpa perlu berbelanja besar. Jika anda merancang dengan teliti akan aktiviti yang akan dilakukan, anda boleh mengagak perbelanjaan. Seperti disebutkan sebelum ini, Langkawi memiliki status bebas cukai. Oleh itu, anda mungkin ingin membawa sejumlah wang tambahan untuk membeli-belah.
Mengenai etika pemberian tip, pemberian tip biasanya bukanlah kebiasaan di Langkawi. Terpulang kepada anda jika anda ingin memberi tip atau tidak. Sekiranya anda memilih untuk memberi tip selepas perkhidmatan yang sangat baik, ia tidak menjadi masalah dan pemberian anda tentu akan dihargai.

Ayer Hangat Village

Jalan Air Hangat, Mukim Air Hangat, 07000, Langkawi, Kedah
[email protected] (Reservations) or [email protected] (Groups)
Telephone: +60 11-1950 6460 (Reservations)