News

Majlis Pelancaran Projek Integrasi Pertanian dan Perikanan serta Pra Pelancaran Ayer Hangat Village Berwajah Baru

15 Julai 2020
Ayer Hangat Village

Majlis pelancaran ini telah diadakan pada hari ini dan dirasmikan oleh YB Tuan Haji Juhari Bulat, ADUN Air Hangat merangkap Pengerusi Bersama LADA serta turun dihadiri oleh YBhg. Dr. Hezri Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif LADA dan YBhg. Datuk Lim Siow Jin, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DXN Agrotech Holdings Sdn. Bhd.

Projek integrasi ini merupakan jalinan kerjasama antara LADA dengan syarikat DXN Agrotech Sdn. Bhd. yang dilaksanakan bagi tempoh 1 tahun bermula Julai 2020 hingga Julai 2021 (fasa 1). Dalam fasa ini, dua buah rumah cendawan telah diserahkan kepada Kelab Sri Anggerik Langkawi serta Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu Negeri Kedah (Langkawi) untuk membantu komuniti Langkawi yang terkesan akibat pandemik Covid-19 terutamanya ibu tunggal dan peniaga kecil Langkawi.

Selain itu, tujuan serahan rumah cendawan tersebut juga adalah untuk menggalakkan komuniti Langkawi menceburi sektor ekonomi yang lebih stabil selain dan dapat mengeluarkan produk hiliran berasaskan cendawan seterusnya dapat mempromosikannya sebagai produk keluaran Langkawi.
Turut dipamerkan adalah kolam ternakan udang karang air tawar yang dapat dikomersialkan secara kecil-kecilan oleh komuniti Langkawi.

#[email protected]
#StrategiPembukaanPeluangEkonomiBaru
#KitaJagaLGKW

Ayer Hangat Village

Jalan Air Hangat, Mukim Air Hangat, 07000, Langkawi, Kedah
[email protected] (Reservations) or [email protected] (Groups)
Telephone: +60 11-1950 6460 (Reservations)