Lawatan Persiaran Tempatan Langkawi

Selama bertahun-tahun, Langkawi telah menjadi salah satu destinasi pulau yang digemari ramai di Malaysia. Bukan hanya warga asing yang sering berkunjung ke Langkawi tetapi juga penduduk tempatan dari seluruh pelusuk negara ini. Pengunjung berpusu-pusu ke pulau ini untuk menikmati pengalaman yang luas, melihat pelbagai tarikan, mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pengembaraan dan pastinya untuk mencuba makanan tempatan Langkawi. Dalam
lawatan pelancongan di Langkawi, tarikan utama pengunjung adalah berinteraksi dengan penduduk tempatan yang sangat ramah sambil bertemu dengan pelancong-pelancong lain.

Anda digalakkan merancang aktiviti anda di kepulauan indah ini. Apa pun tempoh penginapan anda, sama ada beberapa hari atau beberapa minggu, ada banyak aktiviti yang boleh diterokai dan anda tidak akan pernah bosan di sini. Memandangkan Langkawi adalah destinasi pulau percutian yang terkenal di Asia, ada banyak pilihan penginapan di seluruh pulau. Pengunjung biasanya menginap di hotel dan resort yang ada di merata tempat di seluruh kawasan pulau.

Langkawi adalah syurga buat pelancong. Untuk mendapat pengalaman yang terbaik, terutamanya untuk pelancong yang pertama kalinya berkunjung ke Langkawi, kami cadangkan pakej pelancongan khusus yang akan membawa anda kepada aktiviti-aktiviti yang terbaik dan lokasi-lokasi yang sesuai untuk pelancong. Ini adalah peluang untuk anda mencari ketenangan dan berkunjung ke lokasi yang tidak diketahui umum.
Memandangkan kemungkinan citarasa anda unik dari pelancong lain, kami mengesyorkan anda meneliti setiap pilihan aktiviti yang anda sukai. Ada pakej yang menyediakan perkhidmatan menjemput dan menghantar dari hotel (pickup and drop off) untuk keselesaan pengunjung.

Langkawi mempunyai cuaca yang kondusif sepanjang tahun. Antara bulan November dan April, cuaca di pulau ini adalah seimbang antara cuaca panas dan hujan yang tidak lebat. Suhu di Langkawi kebiasaannya tidak begitu panas, menjadikannya sesuai untuk pelbagai aktiviti di sekitar pulau.

Pantai dan Pelayaran Senja
Buat anda yang menggemari “sightseeing tours”, anda pasti akan menikmati pelayaran pada waktu senja di mana bot akan berlayar di sepanjang pantai.
Pelayaran ini biasanya dimulakan dari dermaga kapal utama di Langkawi. Bot ini membawa
bilangan penumpang minima agar ada banyak ruang untuk penumpang merasa selesa dan selamat. Dengan pemandangan laut dan pulau di sekitarnya, pelayaran ini pasti akan menjadi
kemuncak untuk lawatan anda ke Langkawi.

Sebilangan besar pengunjung lebih suka pergi berlayar pada waktu senja ketika matahari sedang terbenam. Sekiranya anda mencari aktiviti kembara atau pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa lawatan anda ke Langkawi, pelayaran pada waktu senja adalah pilihan yang hebat. Untuk pengunjung yang gemar berenang, anda boleh menikmati renang malam yang menyegarkan.

Adakah anda mencari destinasi pulau yang tenang untuk percutian bulan madu atau percutian romantis anda? Langkawi mempunyai antara lokasi pantai yang terbaik di Semenanjung Malaysia untuk percutian yang mewah. Nikmati pasir putih, dan pelbagai bar dan restoran di sepanjang pantai di Langkawi. Bagi pasangan yang berkunjung ke Langkawi untuk berbulan madu
atau sekadar percutian romantis, mereka boleh mengamati waktu senja sambil menikmati koktel di salah satu bar atau restoran yang menghadap pantai.

Langkawi menampilkan beberapa garis pantai yang terbaik di Semenanjung Malaysia. Pantainya mempunyai air yang jernih dan boleh memberi ketenangan kepada pengunjung. Terdapat banyak tempat indah di sepanjang pantai sekiranya anda ingin berehat sambil mengamati ombak yang tenang. Pantai di sini juga bersih dan kebanyakannya belum digunakan, dengan pasir putih yang tidak kasar. Sekiranya anda berada di Langkawi untuk berbulan madu, ada banyak lokasi yang sesuai untuk meluangkan masa romantis dengan pasangan anda.

Dari teluk berpasir putih hingga ke pesisiran pantai, pantai-pantai di Langkawi sangat digemari oleh penduduk tempatan dan pelancong dari serata dunia. Pergunungan berhutan dengan gua batu kapur yang mengagumkan mengelilingi beberapa teluk yang indah. Sekiranya anda mahukan percutian mewah, kami sangat mengesyorkan anda mengunjungi Tanjung Rhu dan Teluk Datai.

Perairan di sekitar Langkawi agak cetek. Pengunjung boleh melihat beberapa pulau kecil yang tidak berpenghuni beberapa kilometer dari pulau utama. Bagi peminat sukan air, Langkawi mempunyai banyak aktiviti untuk anda, termasuk yoga papan luncur, papan luncur dayung (paddle boarding), berlayar, jet ski, berkayak, dan banyak lagi!

Kembara dan Trek Hutan
Sekiranya anda penggemar kembara, anda boleh mencuba trek hutan yang mencabar sambil menikmati pemandangan yang memukau. Pemandangan indah ini akan mengekalkan semangat anda sambil anda menavigasi ke puncak salah satu bukit di pulau ini. Gunung Mat Cincang adalah lokasi mendaki yang popular di Langkawi. Pemandangan dari puncak gunung ini
merangkumi hutan, laut, pulau, dan bandar.

Adakah anda sukakan air terjun? Air terjun Telaga Tujuh adalah pemandangan yang tidak dapat dilupakan. Anda boleh pilih untuk berendam di dalam air sejuk atau mendaki ke puncak, melalui tujuh kolam dan melewati batu-batu besar yang licin. Air di sini penuh dengan mistik dan ketenangan dan tanpa ragu adalah salah satu tempat terbaik untuk dikunjungi di pulau ini.

Lawatan di sekitar Langkawi tidak lengkap tanpa kunjungan ke Gunung Raya, iaitu puncak tertinggi di pulau ini. Dari puncak gunung, anda akan menikmati pemandangan pulau-pulau indah di persekitaran gunung tersebut. Anda boleh melihat semua tempat terbaik untuk dikunjungi di Langkawi dari puncak ini. Gunung ini kaya dengan hutan hujan dan merupakan lokasi mendaki yang popular. Anda juga dapat melihat pelbagai jenis hidupan liar termasuk burung enggang, musang terbang, monyet, burung rajawali putih, helang gunung, dan banyak lagi
spesis burung & haiwan lain.

Pasar Ayer Hangat
Pasar tempatan ini menawarkan segalanya. Ini adalah tempat yang bagus sekiranya anda inginkan pengalaman tempatan Langkawi. Percutian anda semestinya tidak lengkap tanpa makanan lazat. Bagi penggemar makanan, anda boleh menikmati pelbagai
makanan enak yang terdapat di Pasar Ayer Hangat. Dengan kepelbagaian pilihan anda tidak akan bosan mencuba kesemuanya.

Langkawi terkenal dengan kepelbagaian makanannya yang enak. Tarikan utama buat pengunjung di sini adalah merasa makanan terbaik dari pulau ini. Hidangan masakan Melayu di sini adalah hasil campuran berbagai-bagai bahan dan perisa. Sebagai contoh, anda boleh menikmati rendang yang disajikan dengan lemang.

Kampung Ayer Hangat – Telaga Air Panas Air Garam
Tidak kira sepanjang mana percutian anda, Kampung Ayer Hangat adalah salah satu tempat yang harus dikunjungi semasa di Langkawi. Setelah seharian bersiar-siar di sekitar pulau, Kampung Ayer Hangat adalah lokasi yang sesuai untuk bersantai dan berehat. Tempat bersantai ini menawarkan pengalaman perubatan tradisional selaku lokasi untuk melarikan diri dari orang ramai atau kesibukan di lokasi-lokasi lain.
Pemandangan sekitar dari kompleks kampung adalah sungguh indah. Nikmati landskap Langkawi sambil mempelajari budaya dan sejarah tempatan di salah satu kawasan yang paling indah di Semenanjung Malaysia.

Telaga Ayer Hangat adalah keajaiban semula jadi yang menakjubkan. Ini adalah tempat yang sesuai buat anda yang ingin bersantai. Spa air panas air garam semula jadi di Kampung Ayer Hangat pasti akan menjadi kemuncak lawatan anda di Langkawi. Pengunjung boleh menikmati rekreasi terapeutik sambil berendam di dalam telaga atau kolam air panas yang dikelilingi persekitaran yang indah.
Sama ada anda melancong sendiri, dengan rakan-rakan atau berkumpulan, anda boleh membuat tempahan awal untuk salah satu jakuzi peribadi. Setelah mandi santai, anda boleh terjun ke jakuzi yang panas dipenuhi air garam yang menenangkan badan. Airnya mengandungi elemen
penyembuhan secara semula jadi dan sangat disyorkan bagi mereka yang mempunyai sakit otot atau sendi.

Telaga air panas air garam semula jadi di Kampung Ayer Hangat adalah tarikan utama pengunjung
atas dasar keunikannya. Ini adalah tempat yang hebat untuk dikunjungi dan dilihat sepanjang tahun. Pelawat tetap selalu kembali untuk bersantai di telaga air ini yang dibuka sepanjang tahun. Air panas di sini sungguh menenangkan dan sesuai untuk anda berehat bersama rakan-rakan dan keluarga. Berendam di dalam air panas di sini akan membuat anda berasa seolah-olah anda menerima urutan badan dan anda akan keluar dengan perasaan segar dan nyaman. Air panas air garam semula jadi di sini juga boleh menjadikan kulit anda berseri-seri.

Telaga air panas semula jadi di sini adalah antara yang terbaik di dunia. Pemandangan di
sekitar telaga air ini sungguh menakjubkan, terutama ketika matahari terbenam. Warna matahari terbenam memantulkan cahaya yang cukup indah. Anda pasti tidak mahu terlepas bersantai di dalam air yang memberi kesan terapi sambil menikmati pemandangan yang menenangkan. Ini adalah satu pengalaman yang tiada tandingan!

Ayer Hangat Village

Jalan Air Hangat, Mukim Air Hangat, 07000, Langkawi, Kedah
[email protected] (Reservations) or [email protected] (Groups)
Telephone: +60 11-1950 6460 (Reservations)