10 Perkara Yang Harus Di Buat Di Langkawi

Terdiri dari 99 pulau di pantai barat yang indah di Malaysia, Langkawi terkenal dengan lagenda mistiknya,
telaga air panas air garam semula jadi yang jarang berlaku, pantai yang indah, hutan hujan yang luas, aktiviti membeli-belah bebas cukai dan banyak lagi! Permata tersembunyi ini menawarkan aktiviti-aktiviti unik yang akan menjadikan percutian anda amat menyeronokkan. Langkawi menawarkan keindahan nyata dan kehijauan yang tiada tandingannya. Pengunjung boleh menikmati lawatan yang luar biasa dengan pelbagai kenangan untuk dibawa pulang. Langkawi kaya dengan lokasi-lokasi eksklusif bertemakan tropika dan berikut adalah 10 sebab-sebab terbaik untuk anda mengunjunginya!

Berenang di Telaga Air Panas Ayer Hangat
Kampung Ayer Hangat sama uniknya dengan keindahan alam sekitarnya. Pengunjung boleh menikmati kepelbagaian flora dan fauna di sini. Anda juga dapat menyegarkan diri anda dengan telaga air panas semula jadi sambil menikmati permandangan syurga tropika. Ini adalah tempat yang sesuai untuk membawa keluarga dan rakan-rakan anda untuk mendapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan sewaktu percutian atau percutian hujung minggu anda. Ayer Hangat adalah spa kesihatan yang unik di Langkawi. Ia terletak di lokasi yang tenang beberapa minit dari kawasan aktiviti utama Pantai Cenang. Ayer Hangat adalah satu daripada hanya lapan telaga air panas air garam yang terdapat di seluruh dunia (hanya satu di Malaysia). Ia adalah satu-satunya telaga air panas semula jadi yang dikelilingi oleh
tanah lembap di pulau tropika. Di kampung berdekatan pula, anda boleh melihat rumah tradisional Langkawi yang mengadakan pertunjukan budaya serta kelas membuat tembikar. Di spa pula, anda boleh memilih dari tiga cara untuk menikmati telaga air panas air garam.
Terdapat 12 jakuzi peribadi untuk pelawat yang inginkan privasi. Ini adalah pengalaman yang indah untuk menenangkan badan, minda dan jiwa. Air panas di sini terbukti untuk melegakan sakit kaki dan ia juga baik untuk kulit anda. Anda boleh merendam badan secara menyeluruh di dalam jakuzi yang mengandungi air garam panas. Merendam kaki di telaga air panas Ayer Hangat menawarkan banyak faedah. Ini adalah kaedah terbaik untuk merehatkan badan setelah mengalami keletihan dan sakit semasa perjalanan. Kampung ini menggunakan teknik kesihatan tradisional Melayu yang akan membuatkan
anda segar-bugar. Program kesihatan tradisional Melayu di sini menggunakan herba dan tanaman yang telah digunakan secara turun temurun dalam masyarakat Melayu. Kami mengesyorkan spa air garam semula jadi bagi mereka yang ingin menyahtoksinkan badan, melegakan sakit reumatologi, dan melegakan kecederaan sewaktu sukan atau hanya untuk menikmati kelonggaran badan. Anda boleh berendam dalam air panas sambil bersantai dengan keluarga atau rakan-rakan. Air di sini mempunyai suhu tetap yang dapat mengekalkan sifat penyembuhan sepanjang rendaman.
Bagi penggemar budaya Melayu, anda boleh menonton konsert muzik buluh tradisional Melayu yang dipersembahkan oleh
sekumpulan kecil kanak-kanak dan orang dewasa dengan tarian berwarna-warni dan indah. Bamboo Dream di Ayer Hangat juga mempersembahkan persembahan seni buluh dan tarian tradisional seperti Tarian Bamboo, pertunjukan Wayang Kulit, Tarian Asia Truly Asia dan banyak lagi.

Kereta Kabel Langkawi
Jarang ada destinasi pulau lain yang menawarkan pelbagai jenis pengembaraan seperti yang ditawarkan oleh Langkawi. Jika anda melancong ke Langkawi, anda harus cuba menaiki kereta kabel Skybridge. Ini adalah peluang untuk anda mendapat seluruh pemandangan pulau selama 15 minit perjalanan dari stesen pangkalan ke puncak. Stesen pangkalan terletak di Oriental Village, sebuah pusat membeli-belah bertema yang terdiri daripada bangunan-bangunan yang direka bentuk yang mempamerkan seni bina Melayu. Perjalanan mendebarkan ke puncak Gunung Machincang memberi pandangan 360 darjah pulau-pulau di sekeliling dan pemandangan sekitar yang tiada tandingannya. Anda boleh mengambil gambar-gambar yang pastinya tidak dapat dilupakan di puncak Gunung.

Percutian Bulan madu
Perkahwinan anda tentunya hari yang paling istimewa dalam hidup anda. Ramai pasangan yang berusaha keras untuk mendapatkan lokasi perkahwinan dan bulan madu yang sempurna. Langkawi kini menjadi destinasi perkahwinan yang semakin popular. Selain syurga membeli-belah, pulau ini juga merupakan syurga kekasih dengan banyak lokasi romantis di mana anda boleh meraikan hari istimewa anda dengan orang tersayang.

Percutian Membeli-belah
Percutian anda pastinya tidak sempurna tanpa membeli-belah. Sekiranya anda berhasrat untuk membeli alkohol bebas cukai, rokok dan coklat semasa percutian anda, maka Langkawi adalah tempat yang sesuai. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan ketika melakukan belanja bebas cukai di pulau ini. Walaupun Langkawi adalah pulau bebas cukai, semua pusat membeli-belah tidak menyediakan barang dengan harga bebas cukai. Sebaliknya terdapat pelbagai kedai dan pusat membeli-belah yang dikhaskan untuk pembelian bebas cukai. Anda boleh membeli barang bebas cukai sebaik sahaja tiba di Langkawi. Harga di lapangan terbang mungkin lebih tinggi, jadi kami mengesyorkan pergi ke bandar kerana anda boleh memperolehi barangan dengan harga yang lebih murah. Sebilangan besar kedai terletak di Bandar Kuah dan pusat membeli-belah lain di pulau ini. Berapa banyak produk yang boleh anda bawa pulang ke negara asal anda? Ini bergantung kepada sekatan khas di negara anda sendiri. Harga coklat adalah 30-40% lebih murah dari yang terdapat di Kuala Lumpur. Ada pelbagai pilihan untuk setiap pengunjung. Pastikan anda periksa tarikh luput supaya anda membeli produk dengan jangka hayat yang panjang. Minuman keras wain dan bir juga amat murah, terutamanya jika dibandingkan dengan kawasan lain seperti Kuala Lumpur.
Tip berharga: Ada beberapa kedai yang menawarkan diskaun sebanyak 10% jika anda membayar secara tunai dan bukannya kad kredit. Pastikan anda sahkan dengan petugas sebelum membayar.
Anda sukakan minyak wangi? Anda boleh membeli minyak wangi bebas cukai pelbagai jenama di Langkawi. Di kebanyakan tempat di pulau ini, anda mempunyai akses ke pelbagai pewangi berjenama dengan harga yang lebih rendah. Ramai pengunjung juga membeli barangan dapur berjenama seperti periuk, kuali, cawan & pinggan mangkuk.
Beg dan beg pakaian juga sangat murah. Sekiranya anda membeli banyak barang, ada baiknya anda juga membeli beg tambahan atau beg pakaian di mana-mana kedai di Langkawi. Buat penggemar pakaian sukan, terdapat pelbagai barangan berjenama dengan diskaun yang hebat! Semasa anda berjalan atau memandu di sekitar pusat bandar, anda akan menemui banyak kedai membeli-belah.

Menyelam
Pulau Langkawi diiktiraf antara destinasi menyelam terbaik dengan dunia bawah laut yang luas.
Kualiti air yang bersih sentiasa dipenuhi dengan kehidupan. Langkawi adalah tempat tinggal ribuan spesies ikan, kawasan batu karang yang luas dan hidupan laut yang lain. Terdapat beberapa pulau di sekitar Langkawi yang amat sesuai untuk aktiviti snorkeling dan menyelam. Sekiranya anda peminat sukan air, anda boleh sertai tour jet ski dan terokai pulau & pantai terpencil di sekitar kepulauan. Tour jet ski lebih menyeronokkan sebagai aktiviti berkumpulan. Tour ini berlangsung selama 4 jam dan amat sesuai untuk mengalami keasyikan di persekitaran Kepulauan Langkawi.

Trek Hutan
Langkawi dinilai tinggi kerana pantainya yang indah, akan tetapi bahagian dalam pulau utama tidak terkecuali dari segi keindahan semula jadi. Pulau ini mempunyai hutan hujan yang luas dan sawah-sawah padi yang subur. Aktiviti trek hutan di sini amat digalakkan untuk pemerhati burung dan pencinta haiwan. Pemandu tempatan atau local guide boleh membantu anda menjelajah hutan melalui jalan air. Anda boleh menggunakan kayak untuk melihat formasi batu yang menakjubkan secara dekat. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan pemandu atau guide, anda akan diperkenalkan dengan masakan tempatan yang terbaik dan mereka juga dapat memberikan tips untuk tempat-tempat menarik untuk dikunjungi.

Berkelah di Air Terjun
Perlukan pemandangan dan pengembaraan jauh dari pantai? Kami sangat mengesyorkan perjalanan singkat ke salah satu air terjun yang indah di Langkawi. Pulau ini mempunyai beberapa air terjun yang dikelilingi dengan kehijauan yang menakjubkan. Nikmati trek awal pagi dan anda akan berpeluang
berendam di dalam kolam-kolam semula jadi. Anda juga boleh membawa makanan ringan dan berkelah di air terjun.

Pantai
Bagi kebanyakan pelancong, percutian tropika tidak lengkap tanpa pantai. Untuk percutian yang lebih premium, anda boleh menginap di salah satu resort yang didapati di sepanjang pantai di sini. Langkawi mempunyai pantai yang bersih, dan berterusan sepanjang berpuluh-puluh kilometer. Agak mudah buat anda mencari pantai yang tenang dan kurang sesak yang dapat memberikan anda lebih banyak privasi. Pada waktu petang, kawasan pantai di sini menawarkan permandangan matahari terbenam yang sangat menakjubkan. Pantai Langkawi yang indah adalah salah satu sebab utama Langkawi diiktiraf sebagai destinasi tropika bertaraf dunia untuk percutian keluarga dan percutian bulan madu. Air Laut Andaman yang bersuhu suam pasti menenangkan jiwa anda. Jika anda menginginkan kelainan, telaga air panas Ayer Hangat adalah destinasi yang sesuai untuk bersantai dan merehatkan sendi otot.

Lawatan Bot Langkawi
Anda akan dapat menikmati pemandangan dari laut yang sangat menakjubka apabila menaiki bot di sekitar Pulau Langkawi. Anda boleh menempah lawatan bot berjadual dan menerokai pelbagai pulau, jalan air, kehidupan laut, pantai terpencil, tasik, gua dan berbagai-bagai tarikan lain di sekitar Langkawi. Anda boleh memilih lawatan berkumpulan atau lawatan persendirian bergantung kepada anggaran perbelanjaan anda. Sekiranya anda berkunjung untuk berbulan madu atau percutian romantis, anda boleh memilih kapal layar mewah untuk pelayaran yang romantis. Lawatan kepulauan atau Island hopping akan membolehkan anda menjelajahi pulau-pulau lain yang berdekatan dengan Langkawi. Selain itu, lawatan Geopark akan membawa anda melalui Sungai Kilim. Laluan ini akan membawa anda menerokai geopark luar biasa yang mempunyai gua, kepulauan, formasi geo dan hutan bakau yang menakjubkan. Pengunjung boleh menaiki bot ke Taman Laut atau Marine Park untuk berenang dan aktiviti snorkeling. Taman ini mempunyai pelbagai kehidupan laut dan batu karang yang indah. Anda boleh menempah lawatan matahari terbenam dan nikmati permandangan yang tidak dapat dilupakan. Juga, pelayaran sepanjang hari dengan barbeku di atas kapal adalah sangat popular di Langkawi.

Terokai Kehidupan Laut di Underwater World Langkawi
Buat penggemar hidupan laut, Underwater World Langkawi adalah lokasi yang harus dikunjungi. Ia adalah akuarium luar biasa yang menempatkan sekurang-kurangnya 5,000 spesies hidupan air. Pengunjung juga boleh melihat beberapa spesis mamalia dan spesies reptilia. Lawatan ke Underwater World Langkawi akan mendedahkan keindahan flora dan fauna Langkawi kepada anda. Kanak-kanak dan orang dewasa juga boleh menikmati teater 3D yang mempamerkan dokumentari mengenai kehidupan laut.

Akhir Kata
Jika anda melancong untuk percutian pendek atau percutian hujung minggu kami mencadangkan anda menyewa pemandu tempatan atau local guide untuk memanfaatkan lawatan anda dan merasai sendiri keaslian pulau. Sekiranya anda menggemari hidupan liar, maka sebaiknya anda memilih salah satu pengendali pelancongan yang akan membawa anda untuk menikmati flora dan fauna yang indah di Langkawi. Terdapat juga beberapa lawatan pengembaraan atau adventure tours di mana pelawat dapat menerokai kawasan luar biasa seperti hutan hujan. Walau apapun pilihan anda, anda pasti akan menikmati keseronokan sewaktu melawat Langkawi!

Ayer Hangat Village

Jalan Air Hangat, Mukim Air Hangat, 07000, Langkawi, Kedah
[email protected] (Reservations) or [email protected] (Groups)
Telephone: +60 11-1950 6460 (Reservations)